Monday, 19 September 2016

Geografi Pelancongan

MEMPELAJARI BENUA-BENUA YANG TERDAPAT DI DUNIA

Benua Di Dunia
Definisi Benua
Benua adalah daratan sangat luas yang berada di permukaan bumi. Benua dikenal pasti lebih berdasarkan konvensyen (kesepakatan) daripada kriteria-kriteria baku. Ada tujuh wilayah yang biasa dianggap sebagai benua, iaitu (dari berukuran terbesar sehingga terkecil): Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Antartika, Eropah, dan Australia. Dalam Geologi, kawasan kerak benua meliputi wilayah yang diliputi air.



1) 7 Benua di Dunia

Jumlah negara yang terdapat dalam Benua Asia ialah sebanyak 45 negara. Benua Asia adalah benua terbesar di dunia. Selain itu, Benua Afrika mempunyai 54 negara dan benua kedua terbesar di dunia. Manakala, Benua Amerika Utara ada 23 negara. Benua Amerika Utara adalah benua ketiga terbesar. Seterusnya, Di samping itu, di dalam Benua Amerika Selatan terdapat 12 negara. Benua Amerika Selatan berada di antara Samudra Pasifik dan Samudra Atlantik. Namun begitu, Benua Antartika tidak mempunyai jumlah negara di dalamnya. Dikatakan bahawa Benua Antartika adalah tempat terdingin di muka bumi sebahagian besar tertutup sepanjang tahun. Bagi Benua Eropa mempunyai 45 negara yang didaftar. Benua Eropa secara geologis dan geografis adalah sebuah semenanjung atau anak benua. Benua Australia mempunyai 14 negara di dalamnya. Benua Australia adalah sebuah negara di belahan selatan.

2)  Luas daratan bumi setiap benua

  Benua Asia mempunyai luas daratan sepanjang 44,579,000 km2 (29.5%).


Benua Asia
- Benua Afrika luasnya kurang lebih 30,370,000 km2 (20.4%)

Benua Afrika 

- Benua Amerika Utara mempunyai luas daratan sepanjang 24,490,000 km2 (16.5%)

Benua Amerika Utara

- Benua bagi Amerika Selatan  adalah 17,840,000 km2 (12%)

Benua Amerika Selatan


- Benua Antartika mempunyai luas daratan seluas 13,720,000 km2 (9.2%).

Benua Antartika




- Benua Eropa mempunyai luas daratan sepanjang 10,180,000 km2 (6.8%)

Benua Eropa




- Benua Australia mempunyai luasan daratan sepanjang 9,008,500 km2 (5.9%)

Benua Australia

3) Populasi penduduk setiap benua.


  • Benua Asia 
Populasi penduduk bagi Benua Asia adalah 4,164,252,000 orang
  • Benua Afrika 
Populasi penduduknya adalah 1,020,201,299 orang
  • Benua Amerika Utara
Populasi penduduknya adalah 542,056,000 orang
  • Benua Amerika Selatan
Populasi penduduknya pula 392,555, 000 orang
  • Benua Antartika 
Populasi penduduknya adalah sebanyak 4,490 orang
  • Benua Eropa
Populasi penduduknya 738,199,000 orang
  • Benua Australia 
Mempunyai populasi penduduk sebanyak 29,127,000 orang
 
 
4) Aktivti masyarakat di setiap benua
 
 
Aktiviti utama masyarakat bagi Benua Asia ada banyak aktiviti dan terbahagi banyak bahagian. Ada juga negara Asia yang panas, empat musim, khatulistiwa. Kalau yang Asia Barat seperti negara Arab, India, Parkistan dan lain-lain ini lebih kepada pertanian. Bagi Asia Timur iaitu negara Jepun, China, Korea, Taiwan lebih kepada perikanan. Seterusnya, Asia Tenggara iaitu negara Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Laos, Mynmmar, Kemboja dan sebagainya ini sama juga lebih kepada pertanian tetapi tananaman tropikal seperti durian, nanas dan lain-lain.

Aktiviti bagi Benua Eropa terdiri daripada penjelajahan, penerokaan tanah, perdagangan, mengumpul hasil laut, aktiviti pertanian dan perindustrian dan pelancongan. Contoh tempat yang menjadi tempat pelancongan adalah seperti Itali, Sweden dan Jerman

Aktiviti utama bagi masyarakat Benua Afrika adalah lebih kepada perlombongan.

Aktiviti utama Benua Amerika Utara adalah perniagaan dan pertanian

Aktiviti utama Benua Australia adalah pertanian kerana Australia mempunyai empat musim dan benuanya yang sangat besar. Benua Australia mempunyai banyk bentuk muka bumi seperti padang pasir, laut, tanah subur. Pertanian adalah aktiviti utama bagi Benua Australia.

Aktiviti Benua Antartika tidak banyak aktiviti dilakukan kerana jarang ada orang yang tinggal di benua tersebut. Kalau ada ianya cuma untuk memburu binatang yang tinggal di sana. Contohnya, peguin, paus alaska dan beruang kutub.

Aktiviti Benua Amerika Selatan juga lebih kurang macam Benua Asia kerana Benua Amerika Selatan terletak di garisan Khatulistiwa. Lebih kepada pertanian dan perikanan.
 

No comments:

Post a Comment